Saya membawa Blog ini kepada Kanvas Sastera Sarawak yang sepatutnya lebih pelbagai. Bukan sekadar membicarakan skop dunia Penulisan saja lalu melupakan dunia Teater, Seni tari, Lagu, Lukisan, Bangsawan dan yang sama waktu dengannya. Kehadiran Kanvas Sastera ini turut mengajak si tatih atau si jaguh berbicara bersama mengenai perkembangan semasa, tidak melupai sejarah dan masa hadapan Kanvas Sastera Sarawak. Saya rasa kerugian jika tidak turut menyumbangkan jasa, kerana saya sebahagian darinya.
Custom Search
Monday 1 September 2008
Rindu Kalibat Pelukis
Sebelum tahun 2000, ada beberapa teman pelukis; Halim Drasid dan dua tiga yang lain saya agak kabur hendak menulis nama mereka takut salah. Nanti saya akan cari nama mereka. Insyaallah. Ketika itu waterfront bagaikan serasi dengan aktiviti seni sedemikian. Ketika hujung minggu Halim rancak melukis potret mereka yang menempah dan seumpamanya. Ada juga teman seni yang lain(penulis, pengiat teater dan sewaktu dengannya duduk lepak bersama Halim bermain muzik dan menyanyi. Aktiviti kesenian yang lain tidak payah saya jelaskan satu-persatu. Malahan ketika itu semuanya rancak. Barangkali sekarang ini rancak juga, sebab saya amat jarang mengunjungi WF beberapa tahun kebelakangan ini. Tanya satu...pelukis masih adakah di situ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment