Custom Search

Monday 14 July 2008

Perkampunganku! Perkampunganmu!


Pada suatu ketika dulu saya sangat aktif dalam lapangan sastera tempatan dan sesekali pernah diundang(terpilih) mengikuti kegiatan di salah sebuah negeri di Semenanjung.

Begitu juga pernah mengikuti Perkampungan Penulis di Miri pada tahun 1996 dan ketika itu saya terlalu amat baru dalam lapangan penulisan dan cuma berupaya menghasilkan puisi yang barangkali agak tempang.

Walaupun begitu ketika saya di tingkatan enam rendah(1993..tak salah ingat saya) sebuah puisi saya berjaya tersiar dalam Berita Harian(Berita minggu maksud saya). Berdetik dari kejayaan yang saya anggap luar biasa itu beberapa tahun kemudian satu lagi puisi saya menembusi Dewan Sastera, di mana semua penulis sezaman saya ingin mengecapinya. Teramat lega!

Berginjak dari situ hasil penulisan saya banyak terhasil. Kebanyakkan tersiar dalam akhbar tempatan dan di tepi jalanan bersama teman-teman seniman yang bukan sekadar mengelilinggi perigi penulisan, tetapi kesemua gengre. Saya banyak belajar melalui insan-insan ini. Dari pejuang veteran, sapara dan baru saya mula berkembang dan dikembangkan.

Itu serba sedikit mengenai saya, kerana barangkali warga sastera yang menjenguk blog saya ini tertanya-tanya siapa saya. Jangan bimbang saya juga penulis seperti anda dan sebenarnya anda kenal akan saya.Kita pernah bersembang dan jikalau tidak pun, bersedekah senyuman…percayalah.

Perkampungan Penulis. Ya! Perkampungan Sastera. Apa yang kita rasa keberhasilannya? Adakah warga sastera merasakan perkampungan itu mempunyai penduduk yang semuanya serba lengkap. Bayangkan sebuah kampung!

Setelah selesai Perkampungan semalam saya merasakan ada kekurangan di sebalik kegahan yang ternobat. Pada kanvas kali ini saya Cuma mengajak anda melihat perkampungan kali ini terlebih menyentuh hanya beberapa genre sastera. Apakah? Lihat balik, renung balik…para peserta mana? Penganjur? Semua yang terlibat. Apakah hanya menobatkan satu gengre saja?

Jeritan terpa; kekurangan yang saya rasa:

Mana tasik yang lain?
Tasik yang lain agak kekeringan airnya?
Perahu kertas payah untuk beraksi di permukaannya?
Tiada angin dari tujuh penjuru berpuput
Kata enggang; “…nanti perahu kertas tidak sampai ke tepian!”


Kesian, esok adakah pengulangan yang sama akan terpapar. Barangkali berpeluang melihat kepelbagaian warna di setiap rumah penduduk kampung yang selepas ini terbina lagi.

No comments:

Rendra-ITB, 1977

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Women In Art

A. Samad Said tidak mahu lagi guna gelaran "Sasterawan"