Custom Search

Monday 14 July 2008

Sejarah dan Ekonomi

Dalam buah tangan Intro saya belum lengkap. Jadi sambungannya di sini. Diharap setiap perkampungan(lama juga antaranya), diskusi, seminar ataupun seumpamanya objektif yang didasarkan tercapai, walaupun tidak 100% sekadar 50% memadai daripada tidak terjejak sama sekali.

Tertarik dengan Abizai Abi, Ketua I Putera, saya terbaca dalam blog Radin, membicarakan sekitar jarak yang agak panjang antara satu perkampungan dengan satu perkampungan dan mencadangkan agar diadakan secara dwitahunan.

Tambahan saya, agar kepelbagaian keterlibatan tokoh dalam pelbagai gengre sastera. Jikalau ini terjadi, perbincangan yang diketengahkan bukan sekadar sejarah penulisan serta perkembangan dan masa depannya saja dipersoalkan, digarap. Gengre sastera lain juga sepatutnya dibicarakan bersama.

Bagaimana sumbangan Penulis baru dalam perkampungan kali ini? Begitu juga masa depan sastera kita kurang disentuh! Banyak sangat sejarah lampau diceritakan.

Justeru melihat ada pautan antara pendapat Dr.Jeniri Amir mengenai sejarah yang melambak-lambak. Kita bukan benci sejarah,dan sememangnya tanpa sejarah tiadalah al-kisah. Memang sepatutnya yang baru, mengetahui sejarah silam agar mereka lebih ‘penilai’, tetapi bukan ‘kerap’ di S.E.T.I.A.P.

Malahan setiap pertemuan mengapa harus mengulang perkara yang berulang dan banyak perkara yang sama, mustahak harus diberikan perhatian agar perjalanan sastera itu berkembang dengan baik.

Jeniri sarankan agar pada lain ketika, program seumpama itu perlu memperkatakan dunia penulisan, penerbitan yang dapat menjana pendapatan. Ideanya memperlihatkan penulis harus memikirkan penghasilan ekonomi yang dapat membantu si diri penulis itu sendiri.

Saiee Driss pun ada memperkatakan perihal ini, termasuk menyatakan penulis kita harus ada buku(bagi saya apa-apa karya) dalam format e-book yang boleh diakses dan dijual melalui internet. Sememangnya saya pun perasan bahawa kita tidak harus menyisihkan diri daripada perkembangan teknologi internet. Kanvas sastera kita harus berkembang seiring dengannya.

No comments:

Rendra-ITB, 1977

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Women In Art

A. Samad Said tidak mahu lagi guna gelaran "Sasterawan"