Custom Search

Wednesday 30 July 2008

Alangkah….jika…usahawan sastera



Tergamit untuk menjengah waterfront Sabtu lalu(26 Julai 2008). Sekadar singah sebenarnya, tatkala melalui jalan utama terpanggil oleh satu barisan kek panjang. Terpampang tulisan besar dalam sebuah khemah “MALAYSIA BOOK OF RECORDS
KEK LAPIS TERPANJANG”. Bagai ada satu daya tarikan sentakkan “bisikan unik!” tetapi tidak memanjang, tetapi sedikit menerpa kekaguman.

Cari tempat parking, kemudian menjengah di setiap ceruk ruang khemah usahawan tempatan yang terlibat dalam Program Gerak Usahawan Showcase SDCI dan Showcase Usahawan Peringkat Negeri Sarawak, di Tebingan Kuching.

Bangga terasa apabila menyaksikan ramai usahawan bumiputera yang terlibat dalam program seumpama ini. Ketika kaki terus melangkah untuk ke khemah besar kek terpanjang, berbisik sesuatu di sanubari:

“…alangkah bertambah bangganya jikalau ada beberapa khemah di situ merupakan usahawan sastera!” Saya sendiri terkejut.

Thursday 24 July 2008

Kepada Mereka Yang Menerima Nasib Yang Sama






Hah!(teka-teki; saya marahkah, mengeluh, atau kecewa?)

Tafsirkan sendiri. Pada dasar, akarnya, sebagai seorang penyokong dalam dunia teater tanahair, sekaligus ada rohnya mengalir dalam darah anak seni KERDIL seperti diri yang tidak diundang ini, PASTI..ya..saya memang TERAMAT berbangga di atas kemenangan yang dirangkul oleh group teater kita.

Sekali lagi teramat berbangga!
Tetapi saya teramat sedih!
Kerana sejarah kesedihan berulang!

Bagi sesiapa yang tidak memahami “kanvas sebelum ini” saya cuba perjelaskan agar saudara sekalian turut merasakan kekecewaan yang menimpa teman SIFAR baru-baru ini, tatkala menjejak tapak kaki emas mereka di lapangan terbang antarabangsa Kuching.

Ernie Doris Usin, anda mahu penjelasan?

Ada sesiapa yang membaca tajuk forum saya, “Sifar, Termasuk Jaguh Cabuk?” kemudian mengamuk? Angkat tangan..

Sudahkah anda membaca apa yang saya perkatakan dalam calitan saya itu? Baca dulu. Fikir:+kah –kah? Jangan melenting sebelum membuat resolusi.

“Pelan-pelan sayang, kalau sudah bosan, jangan marah sayang, nanti cepat mati, sabar sajalah” –Iwan Falws

CABUK maksud saya( itu bagi saya, yang bukan siapa-siapa dalam khalayak anda) penghuraian kepada sejarah yang senantiasa berulang. Setiap kemenangan yang dianugerah semenjak dahulu lagi dalam bidang ini, bagaikan CABUK di mata mereka yang SEPATUTNYA memberi pengiktirafan yang akan megimarahkan lagi sejarah yang telah terukir.

Anda cuba fahami apa yang saya maksudkan dengan SEPATUTNYA(sejenis manusia..mereka berkuasa..saya tidak boleh berlebih..nanti padah merempuh)

Saya Tanya kamu wahai Ernie, berapa peratuskah rakyat Sarawak, eh susah sangat. Berapa orang antara ahli keluarga, teman, kaban belayan kamu yang kenal sejarah teater kita. Kalau tahu kemenangan silam group teater Sarawak? Kalau penjelasan anda membanggakan saya rasa masyarakat bandaraya Kuching ini saja sebagai contoh, akan menyebut nama group teater sebaris jaguh dalam sukan, nyanyian, filem, drama tv, dan apa-apa lagi.

Jikalau tidak ada yang menyebut, beerti dilidah, dalam otak kepala mereka yang SEPATUTNYA tiada melihat bidang, dunia sastera, teater dan sewaktu dengannya, memberi manfaat. Sebab itu saya memperkatakan tentang tiada EMAS.

Pertandingan besar seumpama itu sekelompok besar masyarakat tidak cuba ambil tahu, apatah lagi group teater, yang berjuang bukan atas dasar pertandingan. Siapa yang kenal mereka? Siapa?

Kamu?!?!…sesiapa yang terbeliak melihat tajuk saya yang bagaikan “benci” sekali itu, sila baca di bawah ini sekali lagi:

a) Saya masih sedih setiap kemenangan yang kita perolehi dalam festival/pertandingan/ atau apa-apa yang diiktiraf sesuatu program yang besar oleh negara, dipandang “tahi cicak” oleh pihak ITU.

b) Saya simpati ke atas Sifar yang menerima nasib yang sama. Tanya Ngoncong, berapa kali mereka kesedihan? Ernie, anda boleh Tanya Abang Wahab atau sesiapa yang pernah mengalaminya. Jangan tidak Tanya, nanti sampai bila pun tidak faham.

Jadi, kesimpulannya, kita tidak boleh terus bersedih, sama-sama cari jalan. Kekadang isu yang dibangkitkan dalam perspektif DIRI masing-masing lebih bernilai daripada perspektif yang ikut-ikutan! Anda punya diri, kaki kamu punya jalan, selamat memaham! Selamat Membaham!

Tips: Jaguh dalam bidang lain disambut dengan paluan kompang, bendera dan seumpanya tatkala menginjak kaki di lapangan terbang Kuching(kerana mereka mengharumkan nama negeri Sarawak). Sambutan sungguh meriah sekali. Kekadang Menteri yang bertangungjawab pun turut serta. Waw!!!! Sungguh meriah sekali.

Tuesday 22 July 2008

Lubuk Jaguh Tapi Tiada Emas!



Memang belum terlambat mengucapkan tahniah kepada kumpulan Teater Sifar atas kejayaan semalam(19 Julai 2008). Pada kanvas kali ini saya tidak memperkatakan apa-apa tentang persembahan mereka, tetapi berkongsi perasaan melalui pengalaman semalam.


Menyingkap sebelum ini, apa yang terluah panjang saudara kita; Suffian Bin Haji Jalet(baca Perkasa_sarawak, Oooo...Haaaaa!!!, YahooGroups) merupakan sesuatu sejarah yang senantiasa berulang.


Menyingkap beberapa tahun lalu, beberapa kumpulan teater kita pernah berjaya di persada Malaysia, apa yang paling menyedihkan, setiap kali balik ke Sarawak, tiada siapa..siapa yang menyambut secara gah! Tidak seperti dalam bidang sukan..apa lagi, bidang apa-apa yang dilihat di lubuknya ada emas. Apa yang diwarwarkan dalam surat khabar, tidak mengerakkan hati sesiapa yang besar, B.E.S.A.R, tidak tergerak untuk melakukan sesuatu yang setanding dengan apa yang dilakukan dalam bidang lain. Kita..maksud saya "pengerti" dalam dunia ini, rasa teramat kecewa. Kegelisahan, kekecewaan, "kepedapan" jangan dirisau, sebab esok akan berulang kembali. Tengok saja! Perjuang-perjuang sekelian, jangan mati akal dan matafikir!


Sebagai panduan:

Sarawak:

1. Johan

2. Pengarah Terbaik (Suffian Bin Haji Jalet)

3. Pelakon Lelaki Terbaik (Malek Bin Hassan)

4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Hassan Bin Ahmad)

5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Serivina Sanina -pelajar sek. seni)

6. Pelakon Harapan Lelaki (Alik Bin Hassan)


Selangor:

1. Naib Johan

2. Pelakon Wanita Terbaik

3. Pelakon Harapan Wanita


Kedah:

1. Tempat Ketiga

Tuesday 15 July 2008

SAYA MENUNGGU UNIK!

(WaterFront, Kuching) Di sinilah Teater itu dipersembahkan

Agak lama rasanya tidak menyaksikan teater atau apa-apa persembahan yang boleh membuat hati saya berbisik “unik!”. Bukan hanya digahkan unik tetapi langsung tidak unik. Saya sedang menunggu hati saya berkata perkataan itu semula.


Lihat: Program Pementasan Teater Berkala 2008

Sanggar Teater Akar 15 Mac 2008 (Sabtu) Sebelum Zohor


Persatuan Seni Persembahan Sifar 12 April 2008 (Sabtu) Tukang Ensera


Pertubuhan Kias Kasturi 10 Mei 2008 (Sabtu)


Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa) 14 Jun 2008 (Sabtu)


Sanggar Creative Production 12 Julai 2008 (Sabtu)


Saramart Sdn. Bhd. 9 Ogos 2008 (Sabtu)


Kuching Bhuddist Society 11 Oktober 2008 (Sabtu)


Grup Teater Ngoncong 8 November 2008 (Sabtu)


Persatuan Teater Sedar 13 Disember 2008 (Sabtu)


(Semua Pementasan akan diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, jam 8.00 malam)

Adakah ada antara persembahan teater itu membuat lubuk hati saudara berbisik “..uniknya!”.Setakat bulan Julai segalanya selesai, kita menunggu kehadiran Ogos tidak lama lagi dan sampai ke penghujung tahun. Barangkali apakah akan ada teater yang saya sebutkan di atas tadi, hati berbisik secara tidak dipaksa.

“Unik!”
“Uniknya…”
Atau
“Unik?”

Pada hakikinya, minat seseorang adalah dimiliki oleh jasad kendiri. “Jangan paksa-paksa tau!”

Tetapi, kebiasaanya jikalau kita melihat sejarah sesuatu yang bergelar ‘Unik’ itu kemungkinan boleh mendapat status antik, termashor, ternama, termahal, dikenang, dihargai, dimuliakan, terhangat di pasaran dan segagang dengannya.

Bagi diri saya, saya berminat terhadap sesuatu yang unik. Apa-apa yang unik menimbulkan kekaguman dalam dunia saya. Barangkali orang lain? Jikalau tidak kerana keunikan, barangkali tidak wujud tujuh benda ajaib di dunia ini. Contoh; Taj Mahal!

Jika dalam bentuk persembahan teater, kalau di bandaraya Kuching, sekitar tahun 1997(kalau tidak hilaf), lubuk hati saya pernah berbisik: “Uniknya!” ketika menyaksikan satu persembahan teater bertajuk Amagedon(kalau tidak salah ejaan) di Tebingan Kuching.

Saya terlupa nama kumpulan teater yang mempersembahkannya. Tetapi saya ingat kepada watak utamanya Jamshari Saili dikerumuni beberapa pelancong dari Perancis(kalau tidak salah) berbicara dengannya buat beberapa detik, selepas persembahan mereka langsai. Saya pun sempat berbicara dengannya beberapa detik. Persembahan ini saya akui Unik! Ikhlas.

Selepas itu saya cuba mengikuti kalau-kalau ada lagi teater atau persembahan yang unik seperti itu. Tetapi saya kecewa!

Secara ikhlas, saya mula tertarik dan meminati dunia teater, jika ada persembahan yang berkaitan saya sedaya upaya datang bertandang untuk menyaksikannya. Akhirnya lubuk hati saya tidak juga berkata “Unik!”.

Bisikan itu bagaikan hilang, saya teringin sebenarnya mendengarnya selepas menyaksikan setiap persembahan teater yang dipersembahkan terutamanya di Balai Budaya di BDP Cawangan Sarawak. Tetapi tiada juga bisikan “Unik!”

Pernah juga ada persembahan teater yang diarahkan oleh Jamshari, yang begitu mendesak saya untuk melihat, sehingga sanggup bercuti, tetapi hasilnya tidak sama juga. Ada bisikan, tetapi “..nik” bagai kehilangan “U”.

Anda dapat rasakan. Selepas menilai, rupa-rupanya saya ingin menyaksikan Jamshari itu sendiri tampil. Kenapa ya?
Selepas saya mengkaji, meneliti salur galur lohong hati saya, baru saya mengerti bahawa saya telah menjumpai “UNIK” pada diri Jamshari. Watak yang dipersembahkannya, termasuk ketika dia mempersembahkan lagu puisi.

Mungkin saudara tidak seperti saya, tertarik kepada benda yang bergelar “UNIK”. Tetapi selalu terpapar di dada media massa, elektronik dan seumpamanya betapa benda yang bergelar “UNIK” itu begitu jelas kuasanya di seluruh dunia. Seperti salah satu karya Sheakespears yang ditemui baru-baru ini. Lihat lukisan Monalisa! Pernah beberapa kali dicuri, jumpa, curi…Bagaimana anda?

Satu lagi penjelasan yang ikhlas sehingga saya malas untuk menyaksikan sesebuah persembahan teater; apa yang dipersembahkan sama seperti menyaksikan drama dalam tv. Drama dalam tv lebih kemas dan menarik, manakala drama atas pentas..teater maksud saya banyak kekurangan, lemah dan tidak membangkitkan minat langsung. Malahan, tiada langsung unsur “UNIK” yang menjadikan daya penarik kepada saya.

Tetapi ada juga kumpulan teater Sarawak yang hebat. Persembahan mereka berdaya menarik keinginan untuk menyaksikannya sampai ke penghujung persembahan, tetapi belum ada yang boleh membuat hati berbisik “UNIK!”. Saya sedang menunggu hati saya berkata perkataan itu semula. Benar! Saya sedang menunggu!

Monday 14 July 2008

Perkampunganku! Perkampunganmu!


Pada suatu ketika dulu saya sangat aktif dalam lapangan sastera tempatan dan sesekali pernah diundang(terpilih) mengikuti kegiatan di salah sebuah negeri di Semenanjung.

Begitu juga pernah mengikuti Perkampungan Penulis di Miri pada tahun 1996 dan ketika itu saya terlalu amat baru dalam lapangan penulisan dan cuma berupaya menghasilkan puisi yang barangkali agak tempang.

Walaupun begitu ketika saya di tingkatan enam rendah(1993..tak salah ingat saya) sebuah puisi saya berjaya tersiar dalam Berita Harian(Berita minggu maksud saya). Berdetik dari kejayaan yang saya anggap luar biasa itu beberapa tahun kemudian satu lagi puisi saya menembusi Dewan Sastera, di mana semua penulis sezaman saya ingin mengecapinya. Teramat lega!

Berginjak dari situ hasil penulisan saya banyak terhasil. Kebanyakkan tersiar dalam akhbar tempatan dan di tepi jalanan bersama teman-teman seniman yang bukan sekadar mengelilinggi perigi penulisan, tetapi kesemua gengre. Saya banyak belajar melalui insan-insan ini. Dari pejuang veteran, sapara dan baru saya mula berkembang dan dikembangkan.

Itu serba sedikit mengenai saya, kerana barangkali warga sastera yang menjenguk blog saya ini tertanya-tanya siapa saya. Jangan bimbang saya juga penulis seperti anda dan sebenarnya anda kenal akan saya.Kita pernah bersembang dan jikalau tidak pun, bersedekah senyuman…percayalah.

Perkampungan Penulis. Ya! Perkampungan Sastera. Apa yang kita rasa keberhasilannya? Adakah warga sastera merasakan perkampungan itu mempunyai penduduk yang semuanya serba lengkap. Bayangkan sebuah kampung!

Setelah selesai Perkampungan semalam saya merasakan ada kekurangan di sebalik kegahan yang ternobat. Pada kanvas kali ini saya Cuma mengajak anda melihat perkampungan kali ini terlebih menyentuh hanya beberapa genre sastera. Apakah? Lihat balik, renung balik…para peserta mana? Penganjur? Semua yang terlibat. Apakah hanya menobatkan satu gengre saja?

Jeritan terpa; kekurangan yang saya rasa:

Mana tasik yang lain?
Tasik yang lain agak kekeringan airnya?
Perahu kertas payah untuk beraksi di permukaannya?
Tiada angin dari tujuh penjuru berpuput
Kata enggang; “…nanti perahu kertas tidak sampai ke tepian!”


Kesian, esok adakah pengulangan yang sama akan terpapar. Barangkali berpeluang melihat kepelbagaian warna di setiap rumah penduduk kampung yang selepas ini terbina lagi.

Sejarah dan Ekonomi

Dalam buah tangan Intro saya belum lengkap. Jadi sambungannya di sini. Diharap setiap perkampungan(lama juga antaranya), diskusi, seminar ataupun seumpamanya objektif yang didasarkan tercapai, walaupun tidak 100% sekadar 50% memadai daripada tidak terjejak sama sekali.

Tertarik dengan Abizai Abi, Ketua I Putera, saya terbaca dalam blog Radin, membicarakan sekitar jarak yang agak panjang antara satu perkampungan dengan satu perkampungan dan mencadangkan agar diadakan secara dwitahunan.

Tambahan saya, agar kepelbagaian keterlibatan tokoh dalam pelbagai gengre sastera. Jikalau ini terjadi, perbincangan yang diketengahkan bukan sekadar sejarah penulisan serta perkembangan dan masa depannya saja dipersoalkan, digarap. Gengre sastera lain juga sepatutnya dibicarakan bersama.

Bagaimana sumbangan Penulis baru dalam perkampungan kali ini? Begitu juga masa depan sastera kita kurang disentuh! Banyak sangat sejarah lampau diceritakan.

Justeru melihat ada pautan antara pendapat Dr.Jeniri Amir mengenai sejarah yang melambak-lambak. Kita bukan benci sejarah,dan sememangnya tanpa sejarah tiadalah al-kisah. Memang sepatutnya yang baru, mengetahui sejarah silam agar mereka lebih ‘penilai’, tetapi bukan ‘kerap’ di S.E.T.I.A.P.

Malahan setiap pertemuan mengapa harus mengulang perkara yang berulang dan banyak perkara yang sama, mustahak harus diberikan perhatian agar perjalanan sastera itu berkembang dengan baik.

Jeniri sarankan agar pada lain ketika, program seumpama itu perlu memperkatakan dunia penulisan, penerbitan yang dapat menjana pendapatan. Ideanya memperlihatkan penulis harus memikirkan penghasilan ekonomi yang dapat membantu si diri penulis itu sendiri.

Saiee Driss pun ada memperkatakan perihal ini, termasuk menyatakan penulis kita harus ada buku(bagi saya apa-apa karya) dalam format e-book yang boleh diakses dan dijual melalui internet. Sememangnya saya pun perasan bahawa kita tidak harus menyisihkan diri daripada perkembangan teknologi internet. Kanvas sastera kita harus berkembang seiring dengannya.

KANVAS SASTERA KITA


Gambar Ihsan(http://Cetasasbuya.blogspot.com)


Assalamualaikum pembuka bicara kepada semua warga sastera negeri Sarawak amnya dan Malaysia keseluruhannya. Saya sudah kembali, ingin terlibat dalam lapangan sastera kita, tatkala saya tergamit untuk tampil semula. Jikalau rasanya tidak tergamit barangkali, tidak tergamit. Alhamdulillah ‘ketergamitan’ ini sekurangnya turut membantu bagi memeriahkan, memberi nafas kepada tumbesaran dunia sastera kita.

Membicarakan apa-apa sekitar, perkambangan, apa yang berputar sekitar di Perkampungan Penulis Sarawak 2008 diadakan di Mukah baru-baru ini, mengajak saya mengetengahkan buah tangan ini. Sebelum berbicara lanjut mari kita merenung empat objektif yang didasarkan;

1) Aktiviti sempena ulang tahun ke-45 tahun Sarawak dalam Malaysia;
2) Mempertemukan pemikir, karyawan dan penggiat sastera di Sarawak;3) Menjadi salah satu medan bertukar-tukar fikiran, pendapat, idea dan cadangan dalam kalangan pemikir, karyawan dan penggiat sastera Sarawak; dan,4) Menjadi ruang untuk menilai dan meneliti kegiatan yang telah diadakan serat merangka dan merancang kegiatan sastera

Entah mengapa ada beberapa isu yang perlu kita lihat dan renung untuk dijadikan perancak kepada ulaman sastera yang terus berlari ke hadapan. Lihat balik tentang ‘Penyertaan penulis kita dalam sastera siber’, Bagi saya penulis bebas, “…yang mungkin membekukan diri selama ini dari menyalurkan apa-apa karya di dada media”, tetapi tidak membekukan karya untuk direkod, segala yang bergerak menjadikan satu rasa yang membahagiakan.

Bagaikan terjawab beberapa kegelisah beberapa teman sepejuangan suatu ketika dulu( Zack Manan, Yusuf Fansuri…dan beberapa lagi) mengenainya; karya penulis Sarawak yang payah nak menembusi media cetak di Semenanjung dan perihal penerbitan buku. Kewujudan perbincangan Sastera di yahoo groups (setekat itu yang saya maklumi dan terkesan) bahawa segalanya menjadi lebih mudah melalui alam siber. Mungkin kepuasannya? Sendiri yang menilai. Dari sudut pakar, kemungkinan akan menilai dari segi kualiti, quantiti atau professional atau sampah?

Walaupun memanfaatkan kebanyakkan blog pribadi dan bukan laman web, bagi saya perkembangan ini sudah cukup bermanfaat besar dan seharusnya digalakkan.

Mengenai melibatkan urus niaga yang dilakukan di dalam internet yang melibatkan penggunaan kad kredit atau perbankan elektronik, seperti menjual karya penulisan, semestinya memang patut dilakukan. Semestinya akan ada penulis yang berbuat demikian suatu detik masa lagi, tapi siapa? Saya galakkan penulis yang lebih memikirkan aspek keuntungan dan perniagaan seharusnya melibatkan diri dalam aspek ini. Kalau ada sudah pasti nampak kerancakannya dan pelbagai!










Rendra-ITB, 1977

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Women In Art

A. Samad Said tidak mahu lagi guna gelaran "Sasterawan"