Custom Search

Tuesday 15 July 2008

SAYA MENUNGGU UNIK!

(WaterFront, Kuching) Di sinilah Teater itu dipersembahkan

Agak lama rasanya tidak menyaksikan teater atau apa-apa persembahan yang boleh membuat hati saya berbisik “unik!”. Bukan hanya digahkan unik tetapi langsung tidak unik. Saya sedang menunggu hati saya berkata perkataan itu semula.


Lihat: Program Pementasan Teater Berkala 2008

Sanggar Teater Akar 15 Mac 2008 (Sabtu) Sebelum Zohor


Persatuan Seni Persembahan Sifar 12 April 2008 (Sabtu) Tukang Ensera


Pertubuhan Kias Kasturi 10 Mei 2008 (Sabtu)


Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa) 14 Jun 2008 (Sabtu)


Sanggar Creative Production 12 Julai 2008 (Sabtu)


Saramart Sdn. Bhd. 9 Ogos 2008 (Sabtu)


Kuching Bhuddist Society 11 Oktober 2008 (Sabtu)


Grup Teater Ngoncong 8 November 2008 (Sabtu)


Persatuan Teater Sedar 13 Disember 2008 (Sabtu)


(Semua Pementasan akan diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, jam 8.00 malam)

Adakah ada antara persembahan teater itu membuat lubuk hati saudara berbisik “..uniknya!”.Setakat bulan Julai segalanya selesai, kita menunggu kehadiran Ogos tidak lama lagi dan sampai ke penghujung tahun. Barangkali apakah akan ada teater yang saya sebutkan di atas tadi, hati berbisik secara tidak dipaksa.

“Unik!”
“Uniknya…”
Atau
“Unik?”

Pada hakikinya, minat seseorang adalah dimiliki oleh jasad kendiri. “Jangan paksa-paksa tau!”

Tetapi, kebiasaanya jikalau kita melihat sejarah sesuatu yang bergelar ‘Unik’ itu kemungkinan boleh mendapat status antik, termashor, ternama, termahal, dikenang, dihargai, dimuliakan, terhangat di pasaran dan segagang dengannya.

Bagi diri saya, saya berminat terhadap sesuatu yang unik. Apa-apa yang unik menimbulkan kekaguman dalam dunia saya. Barangkali orang lain? Jikalau tidak kerana keunikan, barangkali tidak wujud tujuh benda ajaib di dunia ini. Contoh; Taj Mahal!

Jika dalam bentuk persembahan teater, kalau di bandaraya Kuching, sekitar tahun 1997(kalau tidak hilaf), lubuk hati saya pernah berbisik: “Uniknya!” ketika menyaksikan satu persembahan teater bertajuk Amagedon(kalau tidak salah ejaan) di Tebingan Kuching.

Saya terlupa nama kumpulan teater yang mempersembahkannya. Tetapi saya ingat kepada watak utamanya Jamshari Saili dikerumuni beberapa pelancong dari Perancis(kalau tidak salah) berbicara dengannya buat beberapa detik, selepas persembahan mereka langsai. Saya pun sempat berbicara dengannya beberapa detik. Persembahan ini saya akui Unik! Ikhlas.

Selepas itu saya cuba mengikuti kalau-kalau ada lagi teater atau persembahan yang unik seperti itu. Tetapi saya kecewa!

Secara ikhlas, saya mula tertarik dan meminati dunia teater, jika ada persembahan yang berkaitan saya sedaya upaya datang bertandang untuk menyaksikannya. Akhirnya lubuk hati saya tidak juga berkata “Unik!”.

Bisikan itu bagaikan hilang, saya teringin sebenarnya mendengarnya selepas menyaksikan setiap persembahan teater yang dipersembahkan terutamanya di Balai Budaya di BDP Cawangan Sarawak. Tetapi tiada juga bisikan “Unik!”

Pernah juga ada persembahan teater yang diarahkan oleh Jamshari, yang begitu mendesak saya untuk melihat, sehingga sanggup bercuti, tetapi hasilnya tidak sama juga. Ada bisikan, tetapi “..nik” bagai kehilangan “U”.

Anda dapat rasakan. Selepas menilai, rupa-rupanya saya ingin menyaksikan Jamshari itu sendiri tampil. Kenapa ya?
Selepas saya mengkaji, meneliti salur galur lohong hati saya, baru saya mengerti bahawa saya telah menjumpai “UNIK” pada diri Jamshari. Watak yang dipersembahkannya, termasuk ketika dia mempersembahkan lagu puisi.

Mungkin saudara tidak seperti saya, tertarik kepada benda yang bergelar “UNIK”. Tetapi selalu terpapar di dada media massa, elektronik dan seumpamanya betapa benda yang bergelar “UNIK” itu begitu jelas kuasanya di seluruh dunia. Seperti salah satu karya Sheakespears yang ditemui baru-baru ini. Lihat lukisan Monalisa! Pernah beberapa kali dicuri, jumpa, curi…Bagaimana anda?

Satu lagi penjelasan yang ikhlas sehingga saya malas untuk menyaksikan sesebuah persembahan teater; apa yang dipersembahkan sama seperti menyaksikan drama dalam tv. Drama dalam tv lebih kemas dan menarik, manakala drama atas pentas..teater maksud saya banyak kekurangan, lemah dan tidak membangkitkan minat langsung. Malahan, tiada langsung unsur “UNIK” yang menjadikan daya penarik kepada saya.

Tetapi ada juga kumpulan teater Sarawak yang hebat. Persembahan mereka berdaya menarik keinginan untuk menyaksikannya sampai ke penghujung persembahan, tetapi belum ada yang boleh membuat hati berbisik “UNIK!”. Saya sedang menunggu hati saya berkata perkataan itu semula. Benar! Saya sedang menunggu!

No comments:

Rendra-ITB, 1977

How to paint the MONA LISA with MS PAINT

Women In Art

A. Samad Said tidak mahu lagi guna gelaran "Sasterawan"